.
jam
Tuesday, April 4, 2023
RutinKu di sepanjang Ramadhan ⭐🕌✨🕋⭐
Cerita bermula sejak start sahaja anak bujang lelaki ku bersekolah.. pertama sekali of course bangun pagi untuk bersahur. Timing aku bangun pun kadang kadang teriang dekat telinga nama aku dipanggil oleh ibu aku untuk kejut bangun sahur ( kemungkinan aku terlalu letih sangat ). Lepas sahaja siap sahur, aku pun terus solat subuh and baring sekejap untuk hilangkan rase mamai aku, kadang kadang terlelap sambil pakai telekung. Sharp pukul 6.45 pagi, aku dikejutkan semula oleh ibuku untuk bersiap anak aku ke sekolah. Pakaikan seluar dia, tali leher dia, layankan bebelan dia.. mulut berjalan, tangan hampeh tak berjalan.. aduhai layankan je laa anak ku sorang niey. Selepas sahaja siap, aku terus shot ambik jaket and temankan anak aku menunggu bas sekolah dia. Dalam kul 7.05 pagi, (kadang² pukul 7.15 pagi baru bas sampai), aku dengan anak aku menunggu bas sambil dengar merungut cakap 'mana laa makcik Mas niey'... Hahaha kadang kadang aku pun penat jugak menunggu, tetapi aku paham, penat nyer seseorang nak datang mengambil dan menghantar anak sekolah dengan pikul tanggungjawab yang besar untuk pastikan anak orang selamat dan balik sekolah. Settle je part anak.. aku bergegas balik ke rumah, bersiapkan diri aku untuk pergi ke tempat si dia..untuk mengambil dia pergi ke tempat mencari rezeki sama sama (office). Start sahaja dua roda.. berdezup 🛵💨 pergi ke tempat kerja. Biasa nyer pepagi aku yang akan bawak, balik dia bawak.. ye laa kalau pagi dia bawak takut lambat lak. Maklumlaa yang kecik bawak muatan besar (saya sedar diri) 🤭 memang confirm laa lambat.. biar rutin ini setiap hari bekerja, aku bawak pagi, dia bawak balik. Sampai sahaja di office, masing masing tahu workship sendiri, aku seperti biasa menghadap komputer mahupun laptop. Dia multitask.. macam macam laa dia buat (kadang kadang kacau aku untuk hiburkan hati, tetapi ada kala nyer menyakitkan hati). Rase kesian ? Ye memang rase kesian. Settle joh sampai kul 5.30, terus balik cari bazaar ramadhan.. itu pun kalau ot, kite akan balun untuk kumpul duit raya nanti. Aku dan dia pun lepas sahaja berbuka, dia akan bawak sampai ke bilik sewa dia, n then baru laa aku balik ke rumah aku( itu pun kalau ada nak borak borak sikit, cerita laa mane yang patut, ye laa kat office mane laa nak borak).. so itu laa penamat dia.. sekian terima kasih 🫰
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment