.

.

jam

Wednesday, April 5, 2023

Adakah seorang ibu tunggal kene kuat? πŸ‘©‍πŸ‘¦

Menjadi seorang ibu tunggal sangat laa membebankan dan banyak dugaan yang akan datangπŸ’¨. Eventho aku ada orang support dari tulang belakang aku, tetapi ada jugak liku piku aku kene hadap. 
Starting dia macam niey, aku sebenarnya da lama tak checking beg anak bujang aku. Tibe tibe hari ini tergerak nak check apa lagi barang yang hilang. Tup tup, boom kepala aku 🀯! Hampir semua barang alat tulis dia hilang πŸ“✏️! 
Fuh berderau aku! Nasib aku ada jugak backup alat tulis dia.. supaya tak ada laa aku nak beli lagi dan lagi. Aku banyak kali da pesan pada si little hero ni, da pakai tolong laa simpan! Kalau kawan pakai tolong laa ambik balik and cakap nanti mama marah! Ehhh x de.. tgk tgk da bogel.. kosong terus pencil box tu! Pencil warna dari 12 batang tinggal hanya 8 batang je! Asuh hampeh!
Nak marah, susah! Rase serba salah lak bila marah.. tapi aku hanya buat kekerasan berkata and membebel je laa! Itu laa nama kan anak.. susah nak handle bila keseorangan. Tapi aku yakin aku kuat iman, x sampai lg naik tangan..
Dia ini cembik atas sebab atok and nenek dia terlalu sangat manjakan dia. Aku ini keluar pagi, balik malam demi mencari sesuap nasi setiap bulan. Ini nasib kalau ayah aku tak balik lagi. Kalau dia balik and then dengar lak aku membebel + dia lak menangis, mula laa sesi reporter tu datang.. aku berkeras supaya dia niey benak.. ini tak lagi aku marah, lagi lak atok dia marah kat aku balik.. perghh siapa lg x panas wey! Tetapi alhamdulillah aku perbanyakkan istighfar supaya aku tak kan ikutkan emosi dan tenangkan hati. 
Mungkin ini datang dari kesilapan aku sebab tak luangkan masa sangat dengan anak sendiri. Dari kecik sudah diajarkan dengan teknologi (HP) supaya itu laa peneman dia setiap kali aku penat nak melayan karenah dia. Mama jenis apa laa aku niey kan! Aku sepatutnyer didik dia dengan cara aku berkeras dan kasar sedikit supaya dia benak kan otak dia. Kalau tak mula dari awal, lagi laa manja dia datang..
Ok! Kembali kepada asal balik, aku pun ambik barang yang baru dan terus tulis menggunakan maker pen permanent. Sebelum ini aku just pakai sticker je.. senang dan mudah dan pantas sekali dong! Hahaha .. πŸ˜‚. Aku tulis dan berpesan pada dia lagi sekali.. (ini kalau tak loot jugak) mutamad aku suruh dia beli sendiri! 
Aku cume berharap, tahun baru, tahun 1, aku doakan dia boleh cepat tangkap apa yang aku pesan! Aku tak kan putus berdoa, supaya dia menjadi anak yang soleh. Amin amin ya rabbal alamin. 
Aku membebel bukan atas sebab tak sayang! Hanya kekerasan inj sahaja buat dia loot and pantas cekap bila ape yang kite pesan! 
Akhir kata, menjadi seorang ibu tunggal, banyak sangat cabaran yang kite kene pikul liku serong lagi kene hadap! Semoga Allah mengerti hampa dia yang lemah dan memberi semangat untuk kuatkan iman dan memberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal. 
Assalamualaikum 🫰

No comments: