Aku, terikat dengan kehidupan.
Aku, terikat dengan keluargaan.
Aku, terikat dengan bermasalahan.
Aku, terikat dengan kekeliruan.
Aku tidak tahu bagaimana mahupun bermula, aku tahu, setiap manusia ada sahaja yang bermasalah, tetapi bukan diriku yang tersiksa. Aku, seorang anak tunggal beserta ibu tunggal yang tidak bersuami, hidup aku dibahagi banyak bahagian iaitu anak dengan ibu bapaku. Ibu bapaku sudah tidak lagi bekerja, yang menangguh segala hidup dan masa akan datang adalah aku segala-galanya. Aku hidup berseorangan tanpa suami. Yea! Aku lahirkan anak yang tidak berbapa. Aku bersyukur dengan kurang kewangan untuk sara makan minum mahupun pendidikan, tetapi aku berusaha demi anak aku yang tidak bersalah. Cukup lah aku sahaja yang berdosa. Cukup jugak yang aku tidak tahu erti halal ataupun haram. Alhamdulillah, tak sia sia dengan didikan aku ajarin, anak aku sudah pandai dalam kelas seperti kawan kawan dia yang lain. Aku cuma terikat tidak seperti persekitaran aku. Ade hamba Allah, yang boleh hidup berdikari sendiri, sampaikan famili tidak ambik peduli asalkan selamat. Ade jugak, orang yang boleh buat keputusan sendiri tanpa diganggu oleh famili sendiri. Tetapi tidak seperti aku, aku telah dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu ibu ayah serta anakku! Aku terseksa.. dengan masalah kewangan yang aku struggle, lejan overtime(OT) untuk aku sara diri dengan keluarga. Aku jugak terseksa atau cemburu melihat orang sekeliling, boleh hidup bahagia, berdikari sendiri, buat keputusan sendiri, dapat jugak pasangan yang elok serta dapat keluarga yang jenis memahami. Tetapi aku ingin jugak merasa itu semua tetapi ia tidak kekal padaku. Syukur Alhamdulillah jugak, aku bertemu dengan seseorang lelaki yang paham dan tahan perangai gila aku. Tetapi bila kelamaan, aku jadi keliru bila dia kata hati dia sudah hitam dan tiada perasaan. Aku jadi keseorangan dan banyak sangat persoalan yang bermain dipikiran ku, adakah dia benar benar ikhlas menjadi pasangan ku atau dia hanya mempenggunakan aku? Tetapi bila dipikirkan balik, dia jugak mengambil berat tentang diriku tetapi hanya sementara. Hati dia sangat keras. Aku redha dan aku ikhlas untuk teruskan hubungan walaupun aku berat untuk tanya persoalan yang bermain di pikiran. Bukan takut apa, takut hati dia terguris walaupun sudah kental. Masalah yang datang dari aku adalah famili aku, sampai bila aku nak tahan menghadap perangai famili aku, sampai bila! Sedangkan orang lain bebas dari segalanya tetapi aku tidak, aku terikat atas sebab aku ini ibu tunggal anak seorang! TANPA BAPA! TANPA SUAMI!, dengan perangai famili aku yang aku sendiri tidak paham! Aku anak tunggal perempuan, ayah aku pulak kerja PA system yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bila dia tak ada budak mahu menolong, aku nya yang dipanggil untuk angkat speaker yang seberat 20kg, aku jugak yang menolong pasang dari A to Z semua atas sebab ayah aku tidak sihat(dialisis and kaki), tetapi aku ini PEREMPUAN bukan lelaki! Nak tak nak aku terpaksa redha.
anna annatasya
No comments:
Post a Comment